Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEKONOMIAgihan pendapatan 4.25 sen...

Agihan pendapatan 4.25 sen seunit bagi ASB 3 Didik, 1.76 sen seunit untuk ASN Equity 2 - pakdin.my

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3 (ASB 3 Didik) dan 1.76 sen seunit untuk dana harga berubah, Amanah Saham Nasional Equity 2 (ASN Equity 2), bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2021.

Jumlah pembayaran pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, ASB 3 Didik dan dana harga berubah ASN Equity 2 bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM311.2 juta.

Jumlah pengagihan pendapatan bagi ASB 3 Didik adalah sebanyak RM288.4 juta yang akan memanfaatkan 302,672 pemegang unit serta lebih tinggi berbanding RM275.4 juta yang diagihkan pada tahun kewangan 2020.

“Jumlah dividen ASN Equity 2 pula sebanyak RM22.8 juta dan akan memberi manfaat kepada 34,567 pemegang unit dan pengagihan ini bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 3.45 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana pada 25 Jun 2021,” menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam kenyataan hari ini.

PNB berkata pengagihan pendapatan untuk ASB 3 Didik adalah 240 mata asas mengatasi penanda aras 12 bulan Deposit Tetap Maybank dalam tempoh yang sama iaitu 1.85 peratus.

“Pengagihan 4.25 peratus oleh ASB 3 Didik juga adalah lebih tinggi daripada pulangan harga Indeks Komposit KL FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh yang sama,” kata PNB.

Sementara itu, ASN Equity 2 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.09 peratus untuk tahun kewangannya berdasarkan Nilai Aset Bersih dana pada 25 Jun 2021.

Ini mengatasi penanda aras berwajarannya sebanyak 0.75 peratus, yang diwakili oleh 80 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 20 peratus Deposit Tetap 12 Bulan Maybank.

PNB berkata prestasi kedua-dua dana ASB 3 Didik dan ASN Equity 2 pada umumnya didorong oleh pemulihan pasaran kewangan global dan domestik walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19.

“Dana-dana ini juga mendapat manfaat daripada inisiatif kepelbagaian porftfolio masing-masing yang terus memberikan hasil positif dengan peruntukan untuk pelaburan antarabangsa meningkat kepada 20 peratus.

PNB merupakan syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan kini melebihi RM300 bilion.

ASNB pula adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB dan menguruskan 15 tabung unit amanah dengan unit dalam edaran melebihi 269.6 bilion dan 14.7 juta akaun.

— BERNAMA

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851