Chelsea gagal menggunakan peluang keemasan untuk meletakkan kelab itu berada dalam kedudukan keempat terbaik Liga Perdana Inggeria apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Arsenal sebentar tadi.
Dengan ini, ia juga menjejaskan impian Chelsea untuk memintas Newcastle yang kini mendahului satu mata bagi memburu tiket automatik ke kejohanan Liga Juara-juara.
Di akhir perlawanan ke-34 bagi kedua-dua kelab, berlangsung di Stadium Emirates, Arsenal seimbang apabila terus kekal berada di tempat keempat Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 65 mata manakala Chelsea di tangga keenam dengan mengutip 58 mata.