Selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya untuk menubuhkan kerajaan.
Anwar dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 11.30 pagi, dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam jenis Jaguar.
Beliau hanya tersenyum dan melambai kepada media, namun enggan memberhentikan kenderaannya dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenai pertemuannya sebentar tadi.
Namun, jika dilihat reaksi Ahli Parlimen Port Dickson itu kelihatan ceria dan gembira mungkin ada berita baik.
Bagaimanapun, kita tidak tahu apa di balik senyuman Ketua Pembangkang itu.