Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[Video] Ikan puyu ‘popularkan’ Surau Sulaiman - pakdin.my

[Video] Ikan puyu ‘popularkan’ Surau Sulaiman - pakdin.my

TANJONG KARANG: “Saya dengar jeritan seorang jemaah sebelum bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut selepas lihat ratusan ikan puyu naik ke darat,” kata Imam Satu Surau Sulaiman, Blok G, Sawah Sempadan, Sapar Rezam Sapri, 44.

Insiden berkenaan ‘kecoh’ selepas rakaman video aksi ikan puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus naik ke darat dari parit berhampiran surau berkenaan kira-kira jam 2.30 petang semalam tular.

Kejadian selepas solat Zuhur ketika hujan lebat itu turut menarik perhatian penduduk sekitar serta kampung lain seperti Kampung Sungai Sireh dan Kampung Sungai Gulang-Gulang untuk ke surau berkenaan bagi menyaksikannya.

Bercerita lanjut, Sapar Rezam yang berkhidmat hampir 10 tahun berkata, dua hari lalu parit terbabit dikorek bagi tujuan pembersihan disebabkan salirannya yang tersekat.

Katanya, kejadian itu merupakan perkara biasa terjadi dan apa yang membezakannya adalah jumlah ikan yang naik mendadak dalam jumlah banyak.

“Sebelum ini, parit itu kurang ikan disebabkan kehadiran memerang liar selain salirannya yang tidak begitu cantik.

“Ada juga rakan meletakkan peralatan menangkap ikan seperti bubu selama tiga hari dan apabila diangkat, dia hanya dapat tiga ekor sahaja (ikan).

“Apa yang menjadi tanda-tanya kami, ratusan ikan itu datang dari mana? Tetapi, kami tidak memikirkan ia sebagai tanda akhir zaman. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak tunjukkan di sebalik fenomena ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Katanya, dia bersyukur di sebalik insiden itu, nama Surau Sulaiman dikenali dan berharap penduduk hadir mengimarahkan surau sebaik wabak Covid-19 berakhir.

Dalam pada itu, Sapar Rezam berkata, dia menafikan ratusan ikan puyu itu adalah ikan bela, sebaliknya ikan liar yang memang berada di dalam parit berkenaan.

BACA juga  Periksa Gereja: Sultan Titah JAIS Tidak Bertemu Dengan Sesiapa

Tambahnya, fenomena itu berlarutan sehingga waktu malam dengan jumlah ikan puyu yang ditangkap penduduk seberat kira-kira 30 kilogram.

Bagi penduduk, Kamarul Arifin Ahmad, 43, ada pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada ikan berkenaan melintasi jalan di antara dua parit.

“Kita anggap sebagai rahmat dalam memperkenalkan kampung ini (Blok G, Sawah Sempadan) yang juga antara antara lubuk bagi pemancing sama ada ikan puyu atau udang galah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor Abdul Rahman Abdul Wahab ketika dihubungi berkata, fenomena itu bukanlah kejadian luar biasa kerana ikan terbabit mempunyai kemampuan memanjat keluar dari air.

Katanya, fenomena ini juga sudah disahkan Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Perikanan Darat Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kejadian migrasi ikan puyu atau ‘climbing perch’ semasa musim hujan atau waktu tertentu merupakan perkara biasa bagi spesis ikan ‘air breather’ ini.

“Pernafasan luar daripada air atau ‘air breather’ adalah di mana spesies ikan tertentu seperti ikan puyu boleh bertahan menggunakan oksigen yang ada di udara melalui organ labirin.

“Ikan puyu berjalan di atas darat dengan menggerakkan bahagian bawah badannya yang agak rata dan sirip dada,” katanya.

@pakdin.myIkan puyu ‘popularkan’ Surau Sulaiman https://pakdin.my/?p=144172

♬ original sound PakDin.my

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan

Bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162439/

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

TERKINI

[VIDEO] Gempa bumi lemah landa Semporna

Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165742

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669