UtamaNASIONALParas Simpanan Air Di...

Paras Simpanan Air Di Selangor Kritikal @zinmohamed - pakdin.my

SHAH ALAM: Paras simpanan air di negeri ini berada pada tahap kritikal iaitu 2.5 peratus, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, simpanan air adalah jauh daripada kadar sepatutnya iaitu sebanyak 20 peratus di mana Selangor bakal berdepan krisis air pada 2014.

Mohd Zin berkata, krisis kekurangan air menjejaskan pelaburan bernilai RM3.8 bilion di negeri itu.

“Isu air adalah amat serius di mana 129 kilang dengan pelaburan bernilai RM3.8 bilion yang mampu mewujudkan 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat dibina di sini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno Selangor di sini, Isnin.

Beliau berkata, negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat itu menolak projek Langat 2 yang menyaksikan air dari Pahang dialirkan ke Selangor kerana mereka bimbang ia akan memberi kepentingan politik kepada BN.

“Singapura tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana menganggap ia sebagai keperluan asas dan mempertimbangkan ia sebagai isu keselamatan nasional,” katanya.

Beliau berkata, proses penstrukturan semula air iaitu menaikkan tarif dan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat merupakan isu berbeza.

Kerajaan negeri menegaskan akan menyelesaikan kesemua isu itu bersama-sama sebelum meluluskan projek pemindahan air tersebut.

“Rawatan air, pengagihan dan tarif adalah dibawah kerajaan negeri. Segalanya bergantung kepada mereka. Pemindahan air adalah lintas-sempadan (antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri) dan kita perlu berbincang mengenainya.

“Jika BN menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, kami akan menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Zin berkata Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN menerima banyak panggilan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mei lalu.

“Ia meningkat kepada 37 peratus dengan 1,306 panggilan diterima sepanjang minggu sejak pelancarannya,” kata Mohd Zin.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...