UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNJohor: Keadaan politik negeri...

#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan – Mohamad Hasan - pakdin.my

Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali.

“Keadaan politik di Johor nampak tenang di bahagian atasnya, dalamnya menggelegak. Pernah satu hari Sidang DUN Johor, tidak ada keputusan kalau Speaker tidak guna casting vote, tak dapat luluskan satu bil.

“Majoriti kerajaan Johor lebih satu kerusi sahaja, jadi hari itu ada seorang ADUN kerajaan kena kuarantin jadi tak dapatlah luluskan bil tanpa casting vote Speaker.

“Apa yang kita nampak, bagaimana nak urus negeri dalam keadaan tidak menentu begini? Kerajaan tidak ada masa untuk fokus keutamaan membangunkan negeri, malah sering tergugat dengan keadaan yang tidak menentu.

“Pembangunan negeri terencat, kerajaan Johor pun ada macam-macam kepala, ada pendapat dan agenda masing-masing,” jelas beliau.

Tegasnya, apa yang berlaku dalam PRN lain seperti Melaka, tidak boleh disamakan dengan apa yang akan berlaku di Johor kerana situasi di setiap negeri adalah berbeza.

Dalam pada itu, Mohamad berkata Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan pilihan yang difikirkan bagi mengatasi ketidakstabilan politik, namun keadaan lebih mendesak di Johor yang memerlukan pilihan raya dilakukan secepat mungkin.

Beliau juga mengakui keperluan diadakan PRU pada kadar segera bagi memulihkan kepercayaan orang ramai, bukan sahaja rakyat tetapi juga pelabur luar yang beranggapan demokrasi seakan terhakis di negara ini.

“PRU itu terserah kepada Perdana Menteri, di peringkat pusat tidak begitu mendesak kerana sudah ada MoU sehingga Julai, jadi biarlah dahulu.

“Tetapi PRU kena diadakan selepas itu kerana orang ramai tidak memperakui kerajaan ini. Orang luar juga pandang kita sinis, takkan nak tengok sahaja mereka melabur di Thailand dan Indonesia.

“Kita tidak kurang apa pun berbanding mereka tetapi kita dianggap tak hormat demokrasi,” katanya lagi.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene.

BACA juga:

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...