Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui bahawa jalan menuju ke Putrajaya – mengambil alih Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) umpama “mudah sahaja nak sebut tetapi jalannya penuh liku.”
“Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada PRU13.
Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, Pas memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.
“Pa memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.
“Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang,” katanya dipetik Harakah Daily.