SELEPAS kejutan awal dalam Kumpulan B, dua gergasi – Jerman dan Portugal yang bersaing di stadium Arena Lviv, Lviv mempamerkan permainan cemerlang tetapi Jerman sebagaimana diramalkan memenangi pertemuan sulungnya.
Kemenangan INI mengukuhkan kedudukan Jerman dengan tiga mata penuh. Terdahulu Denmark mengatasi Belanda juga 1-0.
Jerman menjaringkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi Mario Gomez. Pasukan itu hampir menambah dua lagi beberapa minit selepas itu.
Pasukan Portugal juga memperoleh beberapa peluang emas untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak berkesudahan.
Di akhir babak separuh masa pertama, di mana 52 peratus permainan dikuasai oleh Jerman, kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan.
Portugal nyaris menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan separuh masa pertama apabila tendangan pemainnya terkena palang gawang dan diselamatkan oleh Jerman.
Pengadil melayangkan empat kad kuning dalam pertemuan ini.
Penyerang Portugal, Helder Postiga menerima layangan kad kuning selepas mengasari penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-12.
Serangan Jerman yang diketuai Lukas Podolski dan Gomez berjaya dipatahkan benteng Portugal.
Percubaan Pepe selepas mendapat sepakan sudut terkena palang gol Jerman pada minit kecederaan.
Pertemuan hari ini adalah yang ke-17 membabitkan kedua-dua pasukan ternama yang mempunyai pemain-pemain disegani.
Daripada 17 pertemuan itu, Jerman memenangi lapan perlawanan berbanding Portugal hanya tiga.
Barisan pemain Jerman:
01 Neuer
05 Hummels
14 Badstuber
16 Lahm
20 Boateng
06 Khedira
07 Schweinsteiger
08 Ozil
13 Mueller
10 Podolski
23 Gomez
Barisan pemain Portugal:
12 Rui Patricio
02 Alves
03 Pepe
05 Coentrao
21 Joao Pereira
04 Veloso
08 Joao Moutinho
16 Meireles
17 Nani
07 Ronaldo
23 Postiga Booked
Sekilas fakta perlawanan:
– Kedudukan gol: Jerman (1); Portugal (0)
– Kad kuning: Badstuber dam Lahm(Jerman); Postiga dan Coentrao (Portugal)
– Penguasaan permainan: 50% (Jerman); 50% (Portugal)
– Sasaran ke gawang: Jerman (12); Portugal (9)
– Sepakan penjuru: Jerman (2); Portugal (10)
– Pemain gantian: Ozil (Kroos) dan Gomez (Klose) bagi Jerman; Meireles (Varela) dan Postiga (Oliveira) bagi Portugal
– Hero perlawanan: Mario Gomez (penjaring tunggal Jerman)
– Masa kecederaan: 6 minit