[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai - pakdin.my

Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai.

Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram.

Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH.

“Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah tentu apabila sampai ke DUN  Pelangai nanti  giliran pula Perkataan Harapan untuk berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional  di Pelangai nanti.” katanya lagi.

Janngan lupa subscribe

Kebetulan dalam DUN  Pelangai itu di bawah parlimen Bentong di mana parlimen Bentong itu adalah wakil daripada DAP, Yang Berhormat Rara

Kata beliau DUN Pelangai Itu merupakan satu DUN  di bawah kawasan parlimen Bentong dan sudah tentu DAP juga akan mengerahkan jentera kita untuk menumpukan perhatian di DUN Pelangai khususnya di beberapa PDM yang DAP ada sokongan dan pengaruh yang besar seperti di Telemomg dan beberapa kawasan Kampung-kampung Baru yang lain.

“Itu merupakan strategi kita.” Kata Anthony Loke.

UTAMAPILIHAN RAYAPILIHAN RAYA KECIL Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium