Hanya dua bulan dilancarkan, Proton Preve telah menerima tempahan 11,310 unit.
Tempahan diterima seawal bulan Mac iaitu 1,000 unit sebulan sebelum ia dilancarkan.
Untuk bulan April sahaja, 4,893 unit tempahan diterima.
Menurut Pengerusi Eksekutif Proton Holding, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, pihaknya menjangkakan angka itu akan terus meningkat.
Ia turut membuktikan model sedan itu semakin menjadi pilihan utama pengguna.
Perkembangan itu sekaligus menandakan tanda positif dan bukti Proton dari segi kejuruteraan dan keupayaan mengeluarkan produk bertaraf global.
Preve dilancarkan 16 april lalu pada harga sekitar RM73,000 seunit.