KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 12.34 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, melaporkan pusat gempa itu terletak di 118 kilometer ke barat daya Medan, Indonesia, dan 375 kilometer ke barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.