England 2
Gerrard
Rooney
Ashley Young (tersasar)
Ashley Cole (diselamatkan)
Italy 4
Balotelli
Montolivo (diselamatkan)
Pirlo
Nocerino
Alessandro Diamanti
ITALI yang memulakan permainan dengan agak perlahan berjaya layak ke separuh akhir menerusi tendangan penalti, sekali gus sekali lagi mengesahkan badi suku akhir England dalam kejohanan antarabangsa.
Perlawanan kedua-dua pasukan ini, yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev untuk menguasai tiket terakhir ke peringkat separuh akhir, terpaksa dilanjutkan sehingga peringkat sepakan penalti selepas permainan selama 120 minit tidak membawa sebarang gol – perkembangan yang agak mengecewakan peminat masing-masing.
Kedua-dua pasukan meneruskan saingan pada masa tambahan 30 minit tetapi terikat tanpa gol. Ia membawa kepada penentuan menerusi penalti.
Di peringkat sepakan penalti, Itali menyempurnakan empat peluang berbanding England hanya dua.
Terdahulu, England turun gelanggang tanpa melakukan sebarang perubahan dalam barisan pemainya. Itali yang berjersi biru memulakan sepakan. England turun dengan jersi putih.
Di peringkat awal perlawanan, England menguasai sebahagian besar permainan – pada paras 60-40%, tetapi di akhir-akhir babak pertama, Itali lebih banyak menguasai permainan.
Itali melepaskan 31 tendangan ke arah gawang England berbanding lapan yang disempurnakan oleh Three Lions.
Statistik di akhir permainan, 132 minit, menunjukan Itali menguasai 63 peratus permainan berbanding 37 peratus oleh England.
England, yang menjadi pilihan ramai, mengekalkan Danny Welbeck sebagai gandingan Wayne Rooney, bintang MU yang membawa jaringan kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan minggu lalu.
England membawa masuk Theo Walcott dan Andy Carroll, masing-masing menggantikan Milner dan Welbeck pada minit ke-60 dan 61.
Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu Jerman di separuh akhir hujung minggu ini. Dua pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah Sepanyol dan Portugal.
Dalam 22 pertemuan sebelum ini, Itali telah menang sembilan kali manakala England pula tujuh dan enam berakhir dengan seri.
Melihat pada sejarah, Azzurri mempunyai kelebihan kerana pasukan itu hanya kalah sekali kepada Three Lions dalam 35 tahun lalu – 2-0 pada 1997. Itali telah menang dalam dua pertemuan utama menentang England.
Statistik perlawanan (120 minit):
– Kedudukan gol: (0) England; (0) Itali
– Penguasaan bola: 37% (England); 63 (Itali)
– Sasaran ke gawang: 8 (England); 31 (Itali)
– Sepakan penjuru: (3) England; (7) Itali
– Kad kuning/merah: (0) England; (1, Barzagli dan Manggio) Itali
Sebelasan utama England:
01 Hart
02 Johnson
03 Cole
06 Terry
15 Lescott
04 Gerrard
11 Young
16 Milner
17 Parker
10 Rooney
22 Welbeck
Sebelasan utama Itali:
01 Buffon
06 Balzaretti
07 Abate
15 Barzagli
19 Bonucci
08 Marchisio
16 De Rossi
18 Montolivo
21 Pirlo
09 Balotelli
10 Cassano