🎦 Semakin ramai rakyat Palestin melarikan diri, berlindung di selatan Gaza - pakdin.my

LEMBAH GAZA  – Serangan bertubi-tubi rejim zionis, diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan bahan api, elektrik dan air bersih telah memaksa penduduk di Bandar Gaza yang terkepung melarikan diri ke selatan dengan berjalan kaki untuk mencari perlindungan di tempat lebih selamat.

Beribu-ribu pelarian termasuk warga emas, kanak-kanak dan wanita hamil menuju ke selatan Gaza melalui koridor pemindahan ketika Israel melancarkan serangan darat dan udara tanpa henti.

Oleh kerana kekurangan bahan api, mereka hanya boleh berjalan kaki atau menaiki kereta kuda, membawa barang-barang terhad bersama mereka.

Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, kira-kira 900,000 orang masih berada di bahagian utara di Enklaf yang padat dengan penduduk. – SETERUSNYA


UTAMADUNIA🎦 Semakin ramai rakyat Palestin melarikan diri, berlindung di selatan Gaza

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium