Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang ini 6 Mei 2024.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mengesahkan perkara itu.
“Kami (Seniman) sebenarnya baru sahaja ingin melawat beliau di HKL, namun pihak hospital menelefon kami dan memberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.
Allahyarham Hail Amir meninggal dunia pada umur 76 tahun.
VIDEO berkaitan:
BACA juga: