GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai cuba menyerang seorang anggota di Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi 19 Mei 2024, lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia 35 tahun itu dikatakan datang ke balai dengan menunggang sebuah motosikal
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.
“Suspek ada mengalami kecederaan ringan semasa tangkapan dilakukan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
“Suspek telah direman selama empat mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Tambah sumber, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif sebarang pengambilan dadah dan direman selama empat hari hingga 22 Mei ini.
Kosmo! difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh.
…………..
Suspek yang bertindak menyerang anggota polis sentri di Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi dikatakan cuba merampas senjata itu daripada milikan mangsa terbabit.
Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi, suspek lelaki tempatan disyaki mabuk itu dikatakan bertindak sedemikian selepas dia berang tidak dibenarkan masuk ke pekarangan balai berkenaan tanpa tujuan.
Senjata Heckler & Koch Machinenpistole 5 atau lebih dikenali sebagai HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pihak berkuasa seperti polis dan tentera di seluruh dunia termasuk di negara ini.
Difahamkan, satu siaran media oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkaitan rampasan senjata api di Balai Polis Dato Keramat akan di keluarkan dalam tempoh terdekat.
BACA juga: