Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah. Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.
Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.
Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya. Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan.
Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku. Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap. Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri. Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.
Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Phaik Kheng untuk memberi penjelasan. Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas.
Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,
Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri?
Jawapan ‘no comment’ yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti.
Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak? Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan? Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan? Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.
Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri. Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu ‘keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati’. Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.
Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat. Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat; justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka. Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani.
Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew: Mintalah tips dari Wan Azizah tentang ‘bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda’
+++