ARSENAL menewaskan pasukan Harimau Malaya 2-1 dengan kedua-dua golnya dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berakhir sebentar tadi.
Skuad negara yang menjaringkan gol tunggal pada separuh masa pertama mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga beberapa minit sebelum perlawanan berakhir.
Arsenal menjaringkan dua golnya minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus mengekalkan kemenangan tahun lalu.
Tahun lalu, The Gunners menjaringkan empat gol tanpa dibalas.
Penjaring:
Mohamad Azmi Muslim (min-46), Thomas Eisfeld (min-87), Chuks Aneke (min-90)
MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, S.Subramaniam (Mohamad Muslim Ahmad), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Md Rozaimi Abd Rahman), Mohd Bunyamin Umar (Mahalii Jasuli), Safiq Rahim (Amar Rohidan), S.Kunalan (Mohamad Ashaari Samsudin), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Azamuddin Mohd Akil (Shahurain Abu Samah)(Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Shakir Shaari Mohd Ali), Norsharul Idlan Talaha (Mohd Khyril Muhymeen Zambri) (Mohamad Fadhli Mohd Shas).
ARSENAL FC:
Separuh masa pertama:
Vito Mannone, Thomas Vermaelen, Johan Djourou, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Andre Santos, Abou Diaby, Mikel Arteta, Francis Coquelin, Gervinho, Maraoune Chamakh.
Separuh masa kedua:
Vito Mannone, Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, Nico Yennaris, Graig Eastmond, Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Chuks Aneke, Benik Afobe.
Pengadil: Suhaizi Shukri