TERDAPAT banyak telefon pintar Android dalam pasaran tetapi kebanyakannya tidak mampu menandingi telefon yang mendapat sambutan luar biasa iaitu Samsung Galaxy S III.
Model telefon utama syarikat Korea Selatan itu memperkenalkan ciri-ciri baru yang sangat menarik tetapi mari kita mulakan dengan reka bentuknya.
S III muncul dengan ciri-ciri nipis dan ringan walaupun kelihatan lebih besar daripada model sebelumnya iaitu S II. Walau bagaimanapun, pengguna amat sukar untuk menyedari sebahagian besar perbezaannya oleh kerana reka bentuk yang hampir sama.
Ia mempunyai plastik belakang dan sisi logam palsu yang jarang sekali diaplikasikan untuk telefon pintar yang ekslusif. S III juga lebih melengkung dan bulat berbanding S II dan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu biru dan putih.
Salah satu justifikasi mengapa S III lebih besar daripada model sebelumnya kerana paparan skrin besar 4.8in yang dibuat daripada Corning Gorilla Glass 2 yang tahan lasak. Ciri skrin eksklusif iaitu SUPER AMOLED sangat sesuai untuk aplikasi filem dan gambar kerana paparannya yang sangat jelas dan terang.
Terdapat hanya satu butang fizikal di bahagian depan dan dua kekunci sensitif sentuhan tersembunyi yang akan menyala apabila ia ditekan.
Bagaimanapun kekunci pada telefon ini didapati terlalu dekat ke tepi yang akan menyebabkan anda mudah tersentuhnya secara tidak sengaja. Apabila menggunakan kamera, misalnya, kita akan secara tidak sengaja tertekan kekunci balik semula beberapa kali yang akan menutup fungsi kamera tanpa kita menyedari tertekan butang tersebut.
S III mempunyai bateri mudah tanggal yang mana pengguna harus mengeluarkan bateri terlebih dahulu sekiranya ingin memasuki cip mikro SIM dan mengakses slot mikro SD slot jika ingin menambah kapasiti memori yang sedia ada. Buat masa ini, hanya versi 16 GB boleh didapati di pasaran tempatan.
Ciri-ciri mewah
Ruang muka Samsung Touch Wiz dan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) tidak mempunyai masalah kelajuan kerana ia disokong oleh prosesor quad-core 1.4GHz yang merupakan enjin utama S III.
Selain daripada ciri-ciri biasa yang ada pada sistem Android, S III mempunyai beberapa ciri yang luar biasa. Contohnya, jika pengguna sedang membaca atau ingin membalas mesej, pengguna boleh meletakkan telefon di telinga dan ia akan menelefon penghantar mesej secara automatik.
Fungsi ‘Pop up Play’, sebaliknya, memberi pengalaman baru kepada pengguna iaitu pengguna dapat menonton video yang sedang dipapar sambil membuka aplikasi yang lain. Misalnya, pengguna dapat menonton video sambil memeriksa emel pengguna.
Terdapat juga ciri S Voice dimana ia membenarkan pengguna menguasai telefon dengan menggunakan suara sahaja. Pengguna boleh memulakan panggillan, membaca teks mesej, menyusun jadual kerja mahupun membuka aplikasi dengan bersahaja.
Namun begitu, buat masa ini, Samsung masih tidak dapat menyempurnakan ciri ini dengan sebaiknya, kerana S Voice belum dapat membaca suara dengan tepat dan kadang-kala pengguna terpaksa menyebut arahan beberapa kali sebelum aplikasi dapat menerimanya dengan tepat.
Tambahan pula, S Voice tidak begitu membantu kerana bertindak balas dengan suara robotik yang biasa.
Tetapi jika anda merupakan peminat utama aplikasi permainan, S III mempunyai kecapaian kuasa grafik yang tidak mengecewakan. Permainan seperti ‘Shadow Gun’ dan ‘Temple Run’ berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan walaupun ia dibuka bersama aplikasi yang lain.
Dari segi jangka hayat bateri pula, S III hanya mampu bertahan selama sehari sebelum bateri perlu dicas semula, sama seperti telefon pintar Android yang lain.
Perakam pantas
Sementara itu, fungsi kamera pada S III mungkin tidak mempunyai kiraan megapiksel yang tinggi tetapi mampu beraksi dengan baik. Kamera berkuasa 8-Megapiksel ini amat pantas dan ini membantu anda merakamkan gambar ketika saat penting tanpa mengecewakan.
Ia juga mempunyai mod khas di mana ia mampu menangkap 6 gambar berturut-turut, jadi pengguna boleh memilih rakaman yang terbaik ini sangat berguna sekiranya anda ingin merakamkan gambar ketika dalam aksi pantas.
Walaupun aplikasi kamera pada telefon ini hanya membenarkan pengguna untuk melihat empat pintasan pada satu-satu masa tetapi pengguna boleh memodifikasikan pilihan pengguna seperti mod fokus, nilai exposure, masa dan banyak lagi.
Terdapat juga mod seperti HDR dan Panorama tetapi malangnya ia terletak agak tersembunyi di bawah pilihan menu.
Satu lagi ciri kamera yang menarik pada telefon ini ialah ia dapat merekod video dalam fungsi HD sepenuhnya dan kualitinya sangat mengagumkan. Ia mungkin tidak mempunyai banyak pilihan tetapi masih mampu menghasilkan video yang sangat baik dan berdefinisi tinggi.
Tambahan pula, pengguna boleh merakamkan gambar sambil merekod video yang merupakan salah satu ciri yang terdapat pada sistem operasi Android 4.0.
Kesimpulan
Ternyata Samsung Galaxy S III merupakan antara telefon Android pintar yang terbaik di pasaran buat masa ini.
Reka bentuknya mungkin tidak mempunyai banyak perubahan besar berbanding model sebelumnya tetapi S III sangat mengagumkan dari sudut perisian mahunpun reka bentuk. Ia mempunyai skrin yang sangat memuaskan, berfungsi dengan pantas – terima kasih kepada prosesor quad core dan akhir sekali, S III mempunyai kamera yang sangat baik untuk menangkap gambar kekal mahupun merakamkan video.
Sudah tentu, ia juga boleh mengendalikan mana-mana permainan dalam pasaran permainan Google.
Tetapi, sebagaimana yang disebut pada awal tulisan tadi, masih terdapat beberapa ciri yang perlu diberi perhatian seperti sistem S Voice agar ia dapat mengenal pasti arahan dengan lebih jelas dan lancar.
Tidak dapat dinafikan harga Samsung Galaxy S III bukanlah murah tetapi untuk RM2,199, ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk peminat-peminat telefon pintar.
Kelebihan: Skrin terang dan sangat jelas; sistem operasi Android 4.0 sangat lancar dengan ciri prosesor quad-core; kamera yang sangat baik untuk merakam gambar dan video; pelbagai ciri tambahan baru dan eksklusif.
Kekurangan: Bateri hanya mampu bertahan selama sehari ; S Voice yang tidak berfungsi dengan sempurna.
Galaxy S III
(Samsung)
Telefon pintar Android
Rangkaian: GSM 850/900/1800/1900, HSDPA 900/2100
Sistem Operasi: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Paparan Skrin: 4.8in Super AMOLED screen (720 x 1,280-pixels)
Kamera: 8-megapixel (belakang) dengan mod auto fokus, LED flash; 2-megapixel (depan)
Sambungan Rangkaian: Bluetooth, WiFi, NFC, DLNA, micro USB
Prosesor: Quad-core 1.4GHz Cortex-A9
Slot Tambahan: MicroSD (up to 64GB)
Waktu Bercakap: 11 jam
Waktu Standby: 790 jam
Ciri-ciri Lain: A-GPS, Direct Call, S Voice, Pop up Play, full HD video rakaman sehingga 30fps
Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6mm
Berat: 133gram
Laman Web: www.samsung.com/my
Harga: RM2,199
Penarafan: 4