Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.
Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.
Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.
Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.
Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.
Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama rakyat biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu perkara sahaja dari pembentangan Bajet 2012 parti itu, iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada rakyat keseluruhan.
Secara dasarnya, penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus maju, para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan. Justeru, yang bakal menanggung kesan dari penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.
Namun, Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu.
Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar juga membayangkan Petronas sebagai satu-satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.
Jelas, apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah tidak menepati hukum ekonomi, tidak logik dan merbahaya untuk negara.
Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.
Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan terus. Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa menyebabkan pihak lain menanggung bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos yang melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian.
Dan nampaknya, sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini, Anwar masih belum dapat memahami ekonomi dengan baik. Kerana itu, beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam Buku Jingga ialah:
Perkara |
RM (Billion) |
Penghapusan tol |
50 |
Wifi percuma |
1.2 |
Royalti minyak utk negeri pengeluar |
12.5 |
Pendapatan minima isi rumah RM4,000 |
93.9 |
Menurunkan harga kereta |
8 |
Pendidikan percuma |
18.5 |
Elaun guru RM500 sebulan |
2.4 |
Jumlah |
206.5 |
Dan ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas, elaun suri rumah dan lain-lain lagi.
Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada.
Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?
Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar.
Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri. Malah, mereka juga sering enggan bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.
Justeru, Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global dan semasa. Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya had dan peraturan.
Dan itulah realitinya hidup Anwar, iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan Chinadoll, lelaki muda, isteri orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi ingin menaiki jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau boleh melakukannya.
Tetapi, ingatlah bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal membawa kita ke neraka.