Segalanya tidak kelihatan begitu baik untuk SUARAM. NGO yang kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan hak asasi manusia kini menghadapi tekanan kuat daripada rakyat akibat daripada motif licik, dana dan juga kewujudan NGO tersebut.
Selain itu, SUARAM juga tidak mempunyai pilihan lain bagi membuktikan segala tuduhan yang mereka kenakan keatas Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia.
Menyedari akan keadaan ini, Cynthia Gabriel, sekretariat Suaram, baru-baru ini telah memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa segalanya sedang berjalan lancar di Mahkamah Perancis dan kerajaan akan dikenakan tindakan tidak lama lagi.
Semuanya sedar bahawa ‘tidak lama lagi’ sebenarnya ‘tidak langsung’ kerana Perancis telah mengesahkan berkali-kali bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan terhadap tuduhan ‘skandal Scoepene’ yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib dan tiada sepina yang dikeluarkan terhadap mana-mana individu.
SUARAM telah memainkan isu yang sama dalam masa yang amat panjang hinggakan semua cerita mereka telah tidak boleh dikawal lagi.
Dari Akuan Bersumpah oleh pihak ketiga, penarikan akuan bersumpah yang entah bagaimana pihak tersebut dapat hidup mewah di London hinggakan kepada kenyataan media ‘U-turn’ berkenaan bahagian pertama tentang skandal tersebut menunjukkan bahawa cerita mereka tidak konsisten dari awal lagi.
Bahagian kedua bagi cerita mereka juga tidak memberikan sebarang manfaat (nilai rasuah yang diterima), sentiasa berubah-ubah.
Kemudiannya bahagian ketiga dan terakhir dimana mereka mengaitkan beberapa buah syarikat yang akhirnya dikaitkan dengan samada Razak Baginda, Datin Seri Rosmah, Dato’ Seri Najib atau kerajaan Malaysia.
Penulis ingin tegaskan disini bahawa pihak polis Perancis, mahkamah dan juga Jabatan Hal Ehwal Luar Perancis telah mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki negara tersebut pada tahun yang Suaram nyatakan, dan tiada perbicaraan, kes mahupun sepina yang dikenakan keatas mana-mana rakyat Malaysia.
SUARAM kini telah terlalu banyak menipu. Namun, sebagai ‘anjing suruhan’ kepada ‘kuasa-kuasa besar dunia’, mereka tidak akan mengaku bahawa mereka telah menipu. Mereka percaya bahawa mereka mampu ‘menyelesaikan’ masalah ini.
Ini hanyalah permainan yang dibuat oleh Suaram bersama Pakatan Rakyat (PR) yang disaksikan oleh rakyat dan juga dunia – permainan yang dibiayai oleh kuasa besar dunia.
Jika Suaram dan PR masih mahu bermain dalam permainan ini, bagaimana mereka boleh menang jika mereka tidak ada sebarang pihak lawan? Bodoh.
Rakyat kini sudah penat dengan perkara yang dimainkan oleh SUARAM dan juga PR.
Bagaimanapun, nampaknya SUARAM masih lagi mahu bermain dan memperbodohkan diri mereka sendiri. Kenapa? Kerana mereka tidak ada pilihan lain. Mereka terlalu angkuh untuk mengaku kalah. Mereka lebih rela kelihatan bodoh daripada kalah.