@AzminAli perlekeh Mustapa Ali di twitternya

Agendadaily – Isu teguran, ingatan atau ‘warning’ dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali terhadap kenyataan orang kuat PKR Azmin Ali buka babak baru semalam selepas Azmin buat komen yang pedas di twitternya.

Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, “faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,”.

Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata “Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!” tulisnya.

Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Kata Shamsul,”RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. “

Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.

azminsam

Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim ‘sesuai’ memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan tersebut tidak disenangi PAS, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.

Dalam pada itu,  Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.

“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Tegas Khalid, “keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan jadi (MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu. Tapi kebiasaannya komen ini bukan dari Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan,”.

Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata masalah dalaman parti yang melanda PKR Selangor sejak Khalid mentadbir negeri itu gagal dibendung sehingga wujudnya puak-puak penentang di kalangan penyokong Azmin dan kerajaan negeri Selangor.

Justeru beliau berkata khabar angin bahawa Azmin bakal menggantikan Khalid tidak dapat dinafikan lagi.

“Soalnya yang jelas dan nyata, kepimpinan PKR Selangor menghadapi masalah dalaman yang serius. Mereka pun masih lagi tercari-cari jawapan jikalau dia boleh mengekalkan kuasa dengan majoriti PKR di negeri Selangor, jadi soal calon MB ini belum lagi dapat dimuktamadkan.

“Jadi calon-calonnya mungkin Khalid Ibrahim, Azmin Ali. Azmin lebih senior di Selangor. Mungkin isu ini tidak dapat lagi (dinafikan),” katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Dalam satu kenyataan media mengulas isu ini, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin meramalkan bahawa PR akan tewas dalam pilihan raya akan datang sekiranya tidak menggantikan Khalid.

Hamidzun turut memuji Azmin yang menurutnya berkelulusan tinggi dari universiti luar negara dan berpengalaman sebagai ADUN selama 10 tahun, sedangkan Khalid “dilihat cenderung menjadi boneka DAP di Selangor”, katanya.

“GAPS percaya rakyat Selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri seta kepentingan rakyat berbanding MB sekarang…,” katanya.

PAS bagi ‘warning’ pada Azmin dan Shuhaimi…. @AzminAli »

mustafa-azminAgendadaily – Sikap dan perangai pemimpin PKR yang suka memandai-mandai dan selalu lebih sudu dari kuah membuatkan rakan kongsi mereka PAS tidak senang duduk. Dalam satu kenyataan yang jarang dibuat secara terbuka, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali bagi ‘warning’ kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...