Suatu ketika dulu di Jepun tatkala zaman keperwiraan para samurai dan ninja, sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan pahlawan tersebut melakukan harakiri dengan menusuk pedang bagi merobek perut sendiri bila mana gagal atau tewas dalam sesuatu pertempuran.
Malah dikalangan rakyat Jepun sendiri upacara harakiri juga seperti sudah menjadi satu rutin bagi menebus kesalahan atau perasaan malu yang dialami.
Di zaman moden ini, sukar dipastikan sama ada upacara tersebut masih diamalkan atau sebaliknya, tapi rasanya kita di Malaysia mungkin buat julung kalinya boleh meyaksikan demonstrasi harakiri itu dijalankan secara langsung di depan mata kita.
Manakan tidak, jika dilihat pada nasib malang yang menimpa SUARAM yang sudah berkali-kali terlondeh dan dilondehkan penipuan serta propagandanya dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, jelas sekali tak tertanggung aib yang sedang membebani NGO itu.
SUARAM yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, kelihatannya sudah terperosok di hujung penjuru. Propaganda mereka dalam isu itu sudah disahkan adalah hanyalah satu penipuan semata-mata.
Cubaan SUARAM untuk memesongkan khalayak kononnya wujud salah laku rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene secara umumnya telah menemui noktah apabila kenyataan rasmi dari pendakwa Kerajaan Perancis, Yves Charpenel telah mengesahkan tiada perbicaraan dijalankan berhubung isu tersebut.
Manakala sumber lain pula mengesahkan hingga kini tiada sapina dikeluarkan terhadap mana-mana individu, jelas jauh berbeza dengan gambaran persepsi negeatif yang cuba dicipta oleh SUARAM dalam usahanya untuk mencalar imej Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.
Malah jumlah serta angka melibatkan wang rasuah juga sering berubah-ubah dari EURO 114.96 juta (RM410.27 juta) kemudian berubah pula menjadi USD 1 bilion (RM3.8 billion), menampakkan lagi isu tersebut hanyalah rekaan sahaja.
Apa yang penting, kenyataan dari Yves Charpenel telah membuktikan SUARAM adalah penipu paling besar di Malaysia. Patutlah begitu serasi sekali NGO tersebut dengan mentornya, Anwar yang juga terkenal hebat dalam bab tipu menipu khalayak.
Pilihan yang tinggal kini, sama ada NGO itu meneruskan saja penipuannya sambil mengharapkan masih ada sisa-sisa keyakinan umum terhadapnya ataupun jika masih memiliki secebis maruah eloklah menebus kesalahan mengit gaya orang Jepun dengan segera melakukan upacara harakiri.
Suatu ketika dulu di Jepun tatkala zaman keperwiraan para samurai dan ninja, sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan pahlawan tersebut melakukan harakiri dengan menusuk pedang bagi merobek perut sendiri bila mana gagal atau tewas dalam sesuatu pertempuran. Malah dikalangan rakyat Jepun sendiri upacara harakiri juga seperti sudah menjadi satu rutin bagi menebus kesalahan atau perasaan […]
Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1
SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka. […]
Tiada Perbicaraan Di Perancis Berhubung Scorpene, Kata Pendakwa Terkemuka Perancis
Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara […]
SCORPENE STRATEGI ANWAR ALIH ISU BAJET 2013
Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene. Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk “Skandal Kapal Selam Buatan Perancis” di Ipoh, Perak 30 September lalu. Walaupun badan itu […]
Jumpa Peguam di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan Scorpene/Altantuya @SUARAM_INTL #AnwarBohong
Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut. Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam […]
Siapa biaya Forum Awam Scorpene? @SUARAM_INTL #AnwarBohong
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mempersoalkan penganjuran Forum Awam Scorpene di Hotel Excelsior, Ipoh baru-baru ini. Ini kerana forum itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel serta Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Saifuddin Nasution. Katanya, pendedahan pihak […]
Rakyat Berhak Hukum SUARAM – @SUARAM_INTL
Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah. Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah […]
SUARAM-PKR-DAP TIGA SERANGKAI TALI BARUT KUASA ASING
NGO hak asasi, Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011. OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada […]
DANA ASING BIAYAI SUARAM UNTUK ROSAKKAN MALAYSIA – @SUARAM_INTL
Sokongan Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan. Ini kerana sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, ‘birds of a feather flock together’ atau burung yang sebulu akan berkelompok sama. Ini kerana TI-M merupakan satu cawangan atau ‘chapter’ daripada TI yang berpusat di […]
Isu Scorpene: Tuduhan Tidak Berasas #FitnahPR
Datuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang. Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih […]