…..
…..
Washington Puji Perjanjian Filipina – MILF
Washington mengalu-alukan perjanjian rangka kerja antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro yang dimeterai di Manila semalam yang sekaligus mengakhiri penderitaan 40 tahun penduduk Bangsamoro di selatan Filipina.
White House melalui Pejabat Setiausaha Medianya, dalam satu kenyataan memaklumkan, perjanjian yang disaksikan oleh Presiden Filipina, Beningno Aquino dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu menjadi titik permulaan ke arah menghentikan pemberontakan dan mengembalikan pentadbiran baik bagi wilayah pewujudan Bangsamoro.
White House turut memuji kerajaan Filipina dan kepimpinan MILF yang bekerja keras demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik.
Turut dipuji, peranan berterusan Malaysia dalam menjadi perunding bagi memudahkan urusan perjanjian.
Malaysia menjadi pengantara rundingan damai antara dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.
Menurut kenyataan itu lagi, Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa, menjaga kepentingan serantau, serta masyarakat Filipina dalam mempromosikan ketelusan, pentadbiran, pertumbuhan ekonomi serta pembangunan demi mencapai masa depan lebih baik.
Perjanjian semalam akan menyaksikan proses penubuhan entiti baru wilayah Bangsamoro yang dijangka direalisasikan pada tahun 2016.
….
…
Penghargaan Tinggi Kepada Kuala Lumpur
Penghargaan tinggi kepada Kuala Lumpur disuarakan Presiden Benigno Aquino susulan perjanjian rangka kerja antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro yang dimeterai di Manila semalam.
Pada masa yang sama, Manila terus mengharapkan bantuan daripada Kuala Lumpur.
Bercakap pada sidang media bersama wartawan Malaysia, Perdana Menteri menegaskan apa jua persefahaman di bawah rangka kerja itu yang akan diterjemahkan nanti memerlukan pemantauan rapi.
Malaysia sedar perjanjian dahulu gagal kerana tiada pasukan pemantau dari segi pelaksanaan perjanjian berkenaan.
Kuala Lumpur dan Manila juga akan cuba menentukan satu struktur dan kaedah yang sesuai untuk melanjutkan peranan Malaysia sehingga pembentukan wilayah Bangsamoro jadi kenyataan.
…
…
Ucapan PM Mengenai Perjanjian Di Manila
Ikuti ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam mengenai perjanjian rangka kerja antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro, MILF bagi penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro.
…
…
Bahagian 2
…
…
Bahagian 1
Manila terus mengharapkan bantuan daripada Kuala Lumpur.
Sambil melahirkan penghargaan tinggi terhadap Kuala Lumpur, harapan itu disuarakan Presidennya, Benigno Aquino kepada Perdana Menteri selepas Kuala Lumpur memainkan peranan cukup besar hingga perjanjian rangka kerja antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro, MILF dapat direalisasikan.
Antara aspek yang mahu diberi perhatian, membubarkan pejuang MILF menjadi orang awam dan membimbing generasi muda di Mindanao.
Ikuti sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenainya.