Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek hari ini meminta semua anggota parti itu supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.
Beliau berkata usaha itu perlu diperhebatkan untuk mengelak rakyat daripada dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan pembangkang.
Bercakap pada sidang media selepas taklimat tertutup bersama anggota MCA di Wisma MCA di sini, Dr Chua berkata anggota parti itu juga perlu bijak menangkis janji pembangkang termasuk soal gaji minimum, penghapusan tol dan pelaksanaan hukum hudud yang disifatkannya hanya untuk memancing undi.