SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan – Bantah Sekarang, Jangan Sudah Gazet Baru MemekakPosted on: Nov 3rd, 2012
Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun ketiga 2012 yang menyenaraikan 135, 214 permohonan pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat pusat mengundi kini dipamer di 948 lokasi seluruh negara. Ia akan dipamerkan sehingga 6 November depan. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya SPR,…
Semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu, beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.
Menurutnya lagi, wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.
Padahal sehingga Jun 2012, mengikut rekod SPR masih terdapat sekitar 3 juta orang lagi yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sekalipun ramai daripada mereka yang usianya sudah mencecah 21 tahun dan ramai juga yang sudah berusia melebihi 30 tahun.
Agaknya jika lebih 70% daripada baki yang belum mendaftar itu berjaya didaftarkan, barangkali Anwar akan keliling kampung mendakwa mereka semua itu adalah pengundi hantu la gamaknya.
Pendek kata, bagi Anwar peningkatan pengundi baru itu agak tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Keraguan Anwar itu pernah diutarakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila sebelum ini juga pernah mendakwa pertambahan lebih 400,000 pengundi baru di Selangor adalah pengundi hantu.
Khalid bagaimanapun selepas itu mengakui lebih 80% pengundi baru tersebut adalah pengundi baru yang sah dan hanya baki sekitar 50,000 orang sahaja lagi yang masih diragui kerana gagal dijejaki.
Dek kerana gagal dijejaki maka ia menjadi keraguan bagi Kerajaan PKR Selangor, walhal sebahagian besar daripada mereka tak semestinya mendiami di alamat yang sama dengan alamat kad pengenalan tambah-tambah lagi bagi mereka yang tela berpindah rumah, bekerja atau belajar di luar negeri Selangor.
Menariknya disebalik keraguan yang cuba ditimbulkan oleh Anwar terhadap kewibawaan dan kredibiliti SPR, hakikatnya hampir satu pertiga daripada pengundi baru yang didaftarkan itu adalah hasil kempen aggresif penolong-penolong pendaftar yang mewakili DAP, PKR dan PAS.
Di antara tiga parti pembangkang yang bersekedudukan dalam PR itu pula, DAP menduduki di carta pertama paling ramai mendaftarkan pengundi baru manakala PAS pula berada di kedudukan kedua paling aktif mendapatkan pengundi baru.
Sesuatu yang agak menarik juga, sejak wakil parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi baru, sejak itulah banyak betul kes-kes pengundi baru yang meragukan dijadikan isu oleh PR.
Kebetulannya, banyak kes pendaftaran yang meragukan ini termasuk alamat mengarut, nama pengundi sudah meninggal dunia, tarikh lahir atau nombor ic mengelirukan, pengundi baru bawah umur serta mendaftarkan pendatang asing dan macam-macam lagi banyak melibatkan wakil-wakil dari parti pembangkang.
Rupanya sendiri bikin isu, sendiri cipta keraguan kemudian sendiri juga yang buat kalut ribut semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan, imej baik dan kredibiliti SPR.
Dua bulan lepas Anwar pernah menceritakan impiannya untuk menjadi PM bakal tercapai sambil berangan untuk memaksa SPR mengumumkan kemenangan PR seawal jam 2.30 petang hari mengundi pada PRU 13 nanti.
“Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,” kata Anwar semasa ceramah beliau di Ampang September lalu (lihat portal AntaraPos 10 September 2012).
Bila kita membaca kenyataan Anwar seperti yang disiarkan portal berita Antara Pos itu, ada dua tafsiran yang boleh kita fahami. Pertama, Anwar yakin dengan kemampuan dan kredibiliti SPR, dan yang kedua, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat peribadinya, by hook or by crook.
Dalam pada itu, tatkala Anwar kembali kepada tabiat lamanya mempertikaikan kredibiliti SPR sebagaimana dapat dilihat dalam ceramahnya di Seremban Sabtu lalu, di majlis yang juga Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula secara terbuka mengumumkan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.
Kata Mat Sabu, “kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR.”
Makna kata, Mat Sabu menaruh keyakinan terhadap sistem pilihanraya yang SPR seliakan di masa yang sama soal keraguan pada daftar pemilih SPR pun tidak timbul.
Kontradik betul. Amat berbeza dengan pendirian Anwar yang meragui daftar pemilih SPR, walaupun 2 bulan sebelumnya yakin bakal menjadi PM melalui sistem pilihanraya yang sama.
Mana satu pendirian sebenar PR? Yakin atau terus meragui kewibawaan dan kredibiliti SPR?
Apapun, melihat pada pelbagai pendirian yang bercanggah diantara pimpinan PR ini, telah membuktikan sesuatu pada kita rakyat Malaysia. Desas-desus dan khabar propaganda kononnya SPR tidak telus, tidak adil atau tiada kewibawaan menguruskan pilihanya yang saksama sebenarnya hanyalah polemik politik semata-mata.
Lagipun, jika benar SPR tidak adil, adalah lebih baik semua negeri dan kerusi yang telah dimenangi oleh PR diadakan semula pilihanraya, tidak begitu?
Alang-alang PR mempertikaikan kesaksamaan dan kewibawaan SPR, kenapa masih lagi mahu berpaut pada kuasa yang telah diperolehi dari sistem pilihanraya yang diragui. Bukankah hipokrit namanya tu?
++++++