Kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mengaku tiada perbicaraan kes kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis seperti didakwa Suaram jelas membuktikan wujudnya usaha menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan.
Justeru, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, JMM, Azwanddin Hamzah mahu rakyat sedar isu yang dibawa Suaram selama ini satu pembohongan.
AZWANDDIN HAMZAH/ PRESIDEN JMM
“Setelah kita meneliti hampir 2 minggu perbicangan di dalam parlimen melalui kajian JMM kita mendapati pembohongan dikeluarkan Suaram terhadap rakyat Malaysia ini amat merbahaya sedangkan YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu sendiri telah mengesahkan dalam penyata rasmi ini jelas mereka menyatakan tidak pernah disebut ada perbicaraan di France”.
Azwanddin berkata demikian kepada media selepas meneliti Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 21 November 2012 di Dewan Rakyat.
Menerusi Penyata Rasmi Parlimen muka surat 160 dan 161 itu mendedahkan Tian Chua cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapannya bahawa dia tidak pernah menyatakan berlakunya perbicaraan di mahkamah Perancis mengenai kes kapal selam Scorpene.
Perdebatan turut disertai beberapa Ahli Parlimen itu berlaku selepas mereka mendesak Tian Chua bercakap benar mengenai isu itu.
Tambahnya- sebagai sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Suaram tidak layak bercakap mengenai kepentingan negara.
Malah katanya Suaram yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat enterprise hanya boleh bercakap mengenai keuntungan perniagaan sahaja.