Walaupun terdapat ramalan bahawa dunia mungkin sampai ke penghujungnya hari ini, pakar mengatakan ia sebenarnya boleh menjadi satu permulaan era baru.
Pakar Numerologi Marinah Ng berkata nombor 21.12.12 mewakili revolusi, persengketaan, kemarahan dan keganasan.
“Tenaga Bumi akan menjadi kuat pada hari itu, yang bermaksud mungkin ada gempa bumi atau ledakan di bawah tanah,” katanya.
Ng meramalkan bahagian utara, utara-barat dan wilayah selatan dunia mungkin lebih teruk terjejas berbanding yang lain.
“Ia akan menjadi satu permulaan baru, untuk mengingatkan kita supaya bersyukur dengan apa yang kita ada dan melakukan lebih banyak kebaikan membantu orang lain apabila kita mampu,” katanya.
Beliau juga berpendapat jika berlaku bencana, ia akan berlaku di tempat-tempat di mana banyak perbuatan buruk telah dilakukan. Pakar Astrologi, Master Yuvaraj Sowma berkata dunia kini menghadapi tempoh yang mencabar dan kehadiran kuasa-kuasa gelap akan menjadi lebih kuat dalam tempoh beberapa hari akan datang sehingga hari Isnin.
“Orang ramai harus mengelakkan perjalanan atau membuat keputusan penting seperti membeli harta, berkahwin atau membentuk perkongsian perniagaan.
“Dunia tidak akan berakhir tetapi orang ramai harus lebih berhati-hati dalam apa sahaja yang mereka lakukan kerana perkara-perkara yang tidak diduga mungkin berlaku dalam tempoh ini,” katanya, sambil menambah bahawa 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk semua.