Tentunya ramai penyokong PAS dan orang Melayu Islam dalam PKR sudah tidak sabar untuk memeriahkan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau pun lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Merdeka hujung minggu ini.
Himpunan yang diadakan bersempena meraikan kejayaan DAP membalacikan PAS dalam usahanya menodai kesucian kalimah Allah s.w.t untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dijangkakan akan turut disertai selebriti agama, Azhar Idrus.
Bekas pemuzik yang tiba-tiba bertukar kulit menjadi penceramah agama ini sememangnya dikenali ramai berikutan kepandaiannya membuat lawak jenaka hinggakan para pendengar yang mengikuti ceramah agama yang disampaikannya di dalam masjid sering gelihati dan ketawa tak kering gusi.
Dengan kehadiran Azhar Idrus di himpunan ini pastinya mampu membuatkan ramai pemimpin PR terutama sekali dari kalangan pemimpin Kristian dalam DAP akan tersengih sampai ke telinga bangga tak terkata.
Mana tak bangganya, selain sudah berjaya menundukkan PAS dalam isu kalimah Allah, sekarang pula dapat laba politik baru berjaya mengumpan selebriti agama yang sedang popular itu untuk turut sama meraikan kejayaan Kristian menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.
Selama ini, penceramah ‘bebas’ yang tak diketahui sejauh mana kelayakan tauliahnya sebagai penceramah agama ini seboleh mungkin cuba berlakon kononnya tidak menyebelahi pembangkang, tujuannya untuk mengelakkannya kehilangan pendengar setia.
Namun begitu, Azhar pernah melabelkan penyertaan para Ulama Muda (ILMU) ke dalam UMNO umpama bergelumang dengan najis parti sekular yang bakal dimasukkan ke dalam neraka. Para ilmuan muda itu juga digelar sebagai ustaz anjing.
Manakala dalam majlis yang lain pula Azhar pernah melabelkan bekas Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainul Abidin sebagai golongan dajjal.
Sesuka dia saja menghina golongan ilmuan yang tidak sehaluan dengannya. Langsung tak mencerminkan akhlak seorang pendakwah. Tapi biasalah tu, kenyataan-kenyataan yang tidak berhemah seperti itu sememangnya selari dengan pandangan keras PAS yang menjadi pujaannya.
Kesediaan Azhar Idrus menyertai himpunan anjuran PR itu pun sekadar mengesahkan belang sebenar Azhar Idrus sebagai geng pembangkang yang berselindung disebalik gelaran pendakwah dan penceramah bebas.
Nak berpihak pada mana-mana parti politik tiada siapa menghalangnya, tapi tak payahlah letakkan pendirian kepartian mengatasi keutamaan agama Islam. Jika benar nawaitu mahu berkongsi ilmu agama dengan khalayak, gunalah pendekatan berhemah yang tidak menyakitkan hati orang lain.
Tak perlulah sesuka hati menghukum si polan ini masuk syurga si polan itu masuk neraka, kita siapa nak mengambil alih urusan Allah s.w.t, tak gitu?
Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apa agaknya pandangan Azhar Idrus berhubung isu kalimah suci Allah s.w.t yang dituntut oleh DAP untuk digunapakai oleh pendakwah Kristian termasuklah diterjemahkan ke dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu?
Kalau setakat selebriti agama ini jawab orang bukan Islam boleh sebut dan guna perkataan Allah s.w.t asalkan jangan mempersendakannya, itu jawapan terlampau umum yang kanak-kanak taska PASTI pun boleh menjawabnya.
Tahukah Azhar Idrus yang modus operandi DAP dan gereja Kristian beriya-iya menuntut dibenarkan menggunakan kalimah Allah s.w.t ini tujuan utamanya untuk menyemarakkan dakyah memurtadkan orang Melayu Islam, di masa yang sama seperti mahu menyamatarafkan kemuliaan agama Islam dengan Kristian.
Sedarkah Azhar Idrus bahawa penyertaannya ke himpunan tersebut secara automatik menjadi satu pengiktirafan atas kejayaan dakyah Kristian dan DAP?
Dia sedar, tapi sebab tawaran wang ringgit yang lumayan untuk tolong memeriahkan himpunan itu disamping pendirian kepartian mengatasi kepentingan dan kesucian Islam, maka Azhar Idrus akan sanggup abaikan soal maruah agama. Biasalah tu.