Perhimpunan itu yang antara lain dipanggil Himpunan Shamsidar bertujuan membantah isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin dipanggil sebagai saksi defendan untuk memberi keterangan di mahkamah.
Terdapat peserta himpunan “Shamsidar” anjuran pembangkang yang ke Stadium Merdeka di sini yang tidak mengetahui langsung tujuan perhimpunan itu.
Abdul Hariz Abdul Jaafar, 25, mahasiswa sebuah institut pengajian tinggi swasta berkata tujuan beliau menyertai perhimpunan ini adalah kerana mengikuti pelawaan rakan-rakannya selain ingin merasai sendiri suasana demonstrasi.
“Saya ikut kawan…lagipun perhimpunan sebelum ini saya tak pernah sertai. Jadi saya datang hari ini untuk rasai suasana perhimpunan itu sendiri,” katanya ketika berarak dari Jalan Raja Laut menuju ke Stadium Merdeka.
Ditanya sama ada beliau menerima bayaran daripada mana-mana parti politik, beliau menafikan perkara itu tetapi memberitahu beliau bukanlah seorang yang fanatik sebaliknya lebih kepada sifat ingin mengetahui sahaja mengenai perhimpunan tersebut dan mengikuti rakan-rakannya.