Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya menebus kekalahannya terhadap pemain China, Du Pengyu selepas menewaskannya pada Kejohanan Terbuka Korea di Seoul pada Ahad.
Pemain utama negara itu menewaskan pemain China berusia 24 tahun dengan straight set, 21-12, 21-15 dalam tempoh 42 minit bagi meraih gelaran super siri BWF yang pertama pada tahun ini.
Kejayaan Chong Wei itu merupakan kemenangan pertamanya pada tahun 2013 selepas dia tewas di tangan Pengyu pada perlawanan akhir Terbuka China bulan lalu.