Saturday, July 27, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Lawatan Najib Ke Gaza Bawa Sinar Harapan Buat Penduduk Palestin - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza

Sikap mengambil berat dan prihatin Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap permasalahan rakyat memang telah terbukti di Malaysia dan dedikasi itu kini melebar melepasi sempadan negara.

Sebagai Perdana Menteri, keupayaan Najib memainkan peranan perantara dalam konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina tahun lepas memberi isyarat jelas terhadap keupayaan Malaysia menangani isu antarabangsa.

Kini, setelah mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertamamenjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan keSemenanjung Gaza semalam, kelibat Najib di bumi para nabi itu tentunya menzahirkan harapan sebuah pendamaian baru mampu dijelmakan.

Beberapa ahli akademik dan tokoh politik ketika diajukan persoalan berhubungsignifikasi lawatan Perdana Menteri itu menyimpulkan tindakan berani Najibmemasuki kawasan yang belum stabil dari aspek keselamatannya membuktikan Malaysia prihatin terhadap nasib penduduk Palestin dan layak digelar pemimpin yang menjuarai umat Islam.

Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata selain meningkatkan imej peribadi Perdana Menteri, lawatan kemanusiaan oleh pencetus Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu juga bakal memudahkan urusan perdamaian pihak bertelagah di Palestin, sekaligus memberi isyarat kepada kalangan negara Islam dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera berbuat sesuatu.

Katanya rakyat seharusnya berbangga memiliki seorang pemimpin yang memulakantugas di awal tahun dengan menumpukan kepada perkara membabitkan kepentinganumat Islam, malah yakin lawatan ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu akan menjadi satu daripada impak terbesar tahun 2013 yang dilakukan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

“Di sebalik aspek keselamatan yang belum stabil, Najib memberanikan diri untuk hadir ke Gaza bagi merasai sendiri kekurangan yang dirasai penduduk Palestin, dan itu merupakan tindakan berani yang amat luar biasa bagi seorang pemimpin bergelar perdana menteri.

“Dari segi imej, Najib akan lebih dihormati, orang akan lihat di bawahkepimpinan beliau negara mula mengorak langkah yang lebih drastik dalam membantudan meningkatkan hubungan diplomatik dengan Palestin, yang mana sebelum ini hanya dilakukan melalui penglibatan atau misi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

“…dan saya percaya lawatan itu bukan sekadar untuk meninjau atau mengerat hubungan silaturahim tetapi ia secara tanpa sedar menunjukkan perpaduan ummah yang kukuh melangkaui batas geografi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan tarikh lawatan itu sebagai taktik meraih undi menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia itu berkata ia mungkin hanya satu kebetulan kerana sudah tentu perancangan Perdana Menteri untuk melawat Palestin, lokasi berkonflik tidak boleh dibuat dalam tempoh segera atau tergesa-gesa.

Amini Amir berkata isu cuba meraih undi sepatutnya tidak timbul kerana jikadiimbau, sokongan Malaysia dan kepimpinan negara terhadap penduduk Palestin danperjuangan Hamas bukanlah sesuatu yang baru atau asing bagi masyarakat setempat.

“Saya percaya ia akan dijadikan isu tetapi kalau setiap daripada mereka yang ingin membuat indikasi sedemikian berfikir secara lebih positif, lawatan itu tentunya akan dilihat dari aspek yang lebih kritis iaitu Malaysia di bawah Najib sentiasa dekat dengan permasalahan yang dihadapi ummat Islam, bukan saja di Malaysia bahkan melewati seantero dunia,” katanya.

Beliau berkata takrifan hubungan diplomatik yang sering dikaitkan dengan pemeteraian sesuatu perjanjian juga perlu didefinisikan semula kepada skop yang lebih luas dan makna baru itu terserlah melalui pertemuan atau lawatan secara bersemuka yang dilakukan Perdana Menteri Rabu.

Cara lawatan secara bersemuka yang dipelopori Perdana Menteri itu jugatentunya bakal memberi impak diplomatik lebih besar kepada pembinaan ataupengukuhan hubungan antara dua negara, katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ProfMadya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kaedah bersemuka serta rundingan yangdiaplikasikan Malaysia dalam menamatkan persengketaan dan telah terbukti berjayasebelum ini mampu membawa pihak Hamas dan Fatah yang bertelagah ke meja rundingan.

“Malaysia telah memiliki rekod baik menjadi perantara dalam menamatkan perang saudara di Selatan Filipina dan tidak mustahil peranan sama boleh dimainkan Perdana Menteri dalam isu Palestin,” katanya.

Beliau berkata walaupun tindakan itu mempunyai risiko tersendiri tetapiperanan Malaysia yang diperakui negara Islam dan pemimpin OIC perlu diteruskandemi kelangsungan masyarakat Palestin yang aman.

“Malaysia perlu berperanan dan kita tidak boleh kecewakan mereka, malah sesiapa sahaja boleh memberikan sokongan dan bantuan tanpa perlu dibatasi ideologi politik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza membantu meningkatkan profil Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Tahniah dan syukur. Ini menunjukkan bahawa perdana menteri seorang pemimpin yang berani dan bertanggungjawab yang boleh menjadi juara kepada umat Islam didunia dan bukan sahaja juara rakyat di Malaysia,” katanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata bantuan yang ditawarkanMalaysia untuk menjadi orang tengah dalam pelan pendamaian antara Hamas danFatah juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah juara dalam menangani isu yangpaling besar dihadapi oleh umat Islam di Timur Tengah itu.

Menurut Perdana Menteri lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza adalah kerana mengikut kata hatinya yang ingin berada bersama-sama dengan rakyat Palestin, seterusnya menjadi lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.

“Tiada cara yang lebih baik…ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gazabagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin,” katanya dipetik ketikaberucap semasa pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di Bandaraya GazaSelasa.

[VIDEO] Anggota polis didakwa atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret...

Nurul Aishah Farhana hilang lagi

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak semalam.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] Anggota polis didakwa atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret...

[VIDEO] Taufan Gaemi landa Taiwan dan Filipina: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas – Wisma Putra

Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Nurul Aishah Farhana hilang lagi

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak semalam.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: