Malaysia berada pada kedudukan ekonomi semasa yang baik berbanding banyak negara lain, termasuk negara-negara maju walau pun dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Katanya berdasarkan perkembangan ekonomi pada suku ketiga tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus, sedangkan banyak negara maju mencatatkan perkembangan yang kurang baik.
Beliau berkata Jepun mencatatkan 0.1 peratus, Amerika Syarikat (2.6 peratus), United Kingdom (0.0 peratus), Korea Selatan (1.6 peratus) dan Singapura (0.0) manakala zon Euro mencatatkan pertumbuhan negatif selama beberapa sukuan.
“Suku ke-empat masih belum diumumkan. Unjuran tahun lepas dicatatkan antara4.0 hingga 5.0 peratus. Ia masih merupakan ekonomi kukuh kerana permintaandomestik dan pelaburan kita sangat kukuh dan penggunaan sangat tinggi.”
“Sepanjang tahun lepas, perdagangan dicatatkan berlebihan. Eksport masihsangat tinggi berbanding banyak negara lain,” katanya kepada pemberita selepasmerasmikan bangunan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini Rabu.
Katanya dakwaan pembangkang bahawa Malaysia sudah muflis tidak berdasarkan fakta dan angka yang sebenar.
“Hutang negara kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 53.6 peratus. Kerajaan mahu memastikan pembiayaan berhemah ditetapkan tidak lebih daripada 55 peratus. Pertumbuhan ekonomi kita adalah positif. Kutipan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan kastam sangat positif.”
“Tiada petunjuk menunjukkan Malaysia akan jatuh muflis. Hutang kita 53.6 peratus (berbanding) Singapura 107 peratus. Adakah mereka akan muflis? Jepun 221.3 peratus, United Kingdom 90.4 peratus, Amerika Syarikat 72.5 peratus.
Jerman, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan Kesatuan Eropah (EU), 82.3peratus,” katanya.
Berdasarkan perangkaan tersebut, bagaimana pembangkang boleh mendakwa Malaysia muflis? apabila kerajaan sentiasa memastikan hutang tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK dan kos operasi dicatatkan berlebihan, katanya.
“Kutipan perolehan meningkat tiap-tiap tahun kerana ekonomi (kita) sihat.Pinjaman hanya (dilakukan) untuk tujuan pembangunan. Kalau (pembangkang) hendakcabar kerajaan, adalah adil kepada rakyat (jika) diberikan fakta dan perangkaan,” katanya.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawadakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan di lamansosial YouTube bahawa kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sudahbankrap, merupakan satu pembohongan besar.
Beliau berkata negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan empat hari ke Switzerland sempena WEF, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata masyarakat antarabangsa di Davos kagum dengan keupayaan Malaysia mengurus ekonomi dan membawa pembaharuan yang telah dijanjikan.
Perdana Menteri yakin WEF adalah landasan terbaik untuk mempamerkan kisah kejayaan Malaysia.
Katanya, dalam keadaan ekonomi dunia yang suram, masyarakat luar melihat sinaran kejayaan Malaysia menerusi pembaharuan yang dilaksanakan.