Peneroka Felda Teloi Bantah Kehadiran Mazlan Aliman - pakdin.my

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman

BALING — Lebih 200 peneroka Felda Teloi Kanan dekat sini mengadakan bantahan aman dan membuat sekatan sejak petang semalam bagi menghalang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman daripada memasuki felda itu.

Mereka yang terdiri daripada generasi pertama dan kedua peneroka bimbang Mazlan akan memasuki felda itu untuk menghasut peneroka menentang kerajaan berdasarkan perbuatannya ketika mengunjungi tanah rancangan lain sebelum ini.

“Saya tidak akan membenarkan beliau memasuki kawasan tanah Felda Teloi Kanan ini berdasarkan pada peraturan sedia ada bagi memastikan peneroka tidak diganggu gugat oleh mana-mana anasir anti kerajaan,” kata Pengurus Felda Teloi Kanan Fauzi Md Zin ketika ditemui Selasa.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Teloi Kanan Abu Hassan Mahmud, 62, mahu kunjungan Mazlan disekat kerana percaya kehadirannya semata-mata mahu memecah belah perpaduan peneroka di situ.

Katanya peneroka di felda itu hidup dengan saling bekerjasama dan kehadiran Mazlan dibimbangi merosakkan perpaduan masyarakat di situ.

Mereka yang mendirikan sekatan dengan besi penghadang sejak pukul 3 petang semalam turut melaungkan kata-kata mereka tidak mahu melihat Mazlan di felda itu pada bila-bila masa sekalipun.

UTAMAPeneroka Felda Teloi Bantah Kehadiran Mazlan Aliman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium