LUXOR, Mesir: Nahas itu berlaku begitu pantas hanya kurang dua minit apabila sebuah belon udara panas yang membawa pelancong untuk menikmati pemandangan pada waktu matahari terbit di bandar bersejarah Luxor meletup dan jatuh ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter).
Seramai 19 orang terbunuh pada Selasa yang menjadikannya sebagai kemalangan belon udara panas yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi.
Tragedi tersebut membimbangkan industri pelancongan negara itu.
Belon udara panas itu membawa 20 pelancong – dari Perancis, Belgium, Jepun dan Hong Kong, dan seorang juruterbang warga Mesir yang menerbangkannya merentasi Luxos, kira-kira 510 kilometer dari Kaherah, kata seorang pegawai.
Berdasarkan petunjuk awal, belon berkenaan dalam proses pendaratan apabila kabel tersepit di sekeliling tub helium dan berlakunya kebakaran, menurut seorang penyiasat.
Belon itu naik beberapa kali, kata pegawai itu.
Kebakaran itu menyebabkan kanister gas dan belon menjunam ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter).