MANILA: Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario mengambil ‘tanggungjawab penuh’ kerana gagal memberi perhatian terhadap surat yang dihantar adik Sultan Jamalul Kiram III kepada Presiden Benigno Aquino pada 2010 agar menjemput wakil kesultanan itu turut sama terlibat dalam rundingan damai dengan itu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Menerusi kenyataan pada Rabu, Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) berkata, ‘surat hilang’ yang dihantar Raja Muda Agbimuddin Kiram dijumpai tersimpan di pejabat jabatan itu, lapor media tempatan, Philippine Daily Inquirer.
Agbimuddin memimpin sekumpulan pengganas Sulu menceroboh Malaysia bagi menuntut hak ke atas Sabah sejak 9 Februari lalu.
“Mengenai isu surat hilang yang ditulis oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram beberapa hari sebelum Presiden mengangkat sumpah pada Jun 2010, surat itu dijumpai berada dalam simpanan DFA. Setiausaha jabatan mengambil tanggungjawab penuh mengenaninya,” kata DFA.
Kenyataan itu tidak mengulas lanjut mengenai kandungan surat itu dan bagaimana ia boleh ‘hilang’ dalam simpanan seperti yang dijelaskan sendiri Aquino minggu lalu berbuhubung kegagalan kerajaan memberi maklum balas terhadap surat Kesultanan Sulu.
Menjawab kepada Agbimuddin pada 26 februari lalu, Aquino berkata: “Kerajaan tiada niat untuk mengabaikan surat tersebut.”