Dalam perkembangan lain, Karpal menjelaskan persetujuan DAP untuk menggunakan logo PAS jika simbol roket tidak dibenarkan tidak bermakna parti itu menerima konsep negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Tegas Karpal, DAP tetap menentang keras kedua-dua aspirasi PAS itu.
Karpal mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS — Datuk Harun Taib dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mendakwa persetujuan DAP menggunakan logo PAS menunjukkan parti berkenaan itu menerima perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam, melaksanakan hukum hudud dan menerima Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ke jawatan Perdana Menteri.