Dalam pada itu, ROS digesa memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP itu kerana memutar belitkan isi kandungan surat yang dihantar ROS kepada beliau 17 April lalu.
Jelas Zamil, tuduhan terhadap ROS kononnya mahu melakukan sabotaj terhadap parti itu juga nyata tidak berasas sama sekali.
Sehubungan itu, Guan Eng didesak tampil menjelaskan perkara sebenar tanpa berselindung dan memutar belitkan keadaan.