Penduduk Gebeng dan Kuantan, khasnya masyarakat cina perlu menolak dakyah pihak tertentu berhubung isu Kilang Kimia Lynas yang disahkan selamat oleh pakar tempatan dan antarabangsa.
Terbaru, dua lagi Pakar Fizik Radiasi Dan Saintis Alam Sekitar Antarabangsa mengesahkan kilang Lynas selamat dari semua aspek pengoperasiannya dan tidak mengancam keselamatan penduduk mahupun alam sekitar.
Profesor Dr David Bradley, Pakar Fizik Radiasi Dan Perubatan Dari Universiti Surrey, United Kingdom dan Dr Malcolm Coopers Coopers Seorang Jururunding Saintis Alam Sekitar Dari Australia, saya temui pada sidang media di Putrajaya baru-baru ini.
Lawatan dua hari mereka ke kilang kimia Lynas untuk melihat sendiri operasi nya termasuk aspek pengurusan residu hasil pemprosesan nadir bumi.
Malah proses pemantauan dan pengawalan lembaga perlesenan tenaga atom, serta jabatan alam sekitar ke atas pembinaan dan pengoperasian kilang berkenaan sangat ketat.
Sehubungan itu, Dr Malcolm Coopers kagum dengan pengurusan residu nadir bumi di kilang kimia Lynas yang didakwa pihak tertentu akan mencemarkan alam sekitar.
Ditanya mengapa masih ada pihak tertentu yang cuba memutarbelit fakta untuk menakutkan orang ramai, ini jawapan beliau.
Pendek kata, kedua-dua pakar terbabit mengesahkan kilang Lynas antara kilang kimia paling selamat di dunia dan penduduk kuantan perlu berterima kasih di atas limpahan rezeki ibarat di mana buah masak, di situ burung banyak tampil.