Perpaduan anggota UMNO di sesetengah bahagian yang dilihat belum kukuh menimbulkan kebimbangan kepada pucuk pimpinan.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri sendiri mengambil berat perkara itu dan mahu ia diperbaiki.
Tan Sri Muhyidin Yassin/Timbalan Perdana Menteri”Hari ini UMNO sudah dapat dilihat kukuh semula dari segi perpaduan dan sokongan masyarakat melayu diukur dalam pilihan raya hari ini sudah meningkat dan bertambah. Cuma satu perkara ialah kekuatan parti di peringkat bahagian yang masih ada ruang untuk diperbaiki dan diperkukuhkan. Ini concern pimpinan kita.”
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenggara, siang tadi.
Beliau juga kesal dengan sikap sebilangan pemimpin peringkat bahagian yang tidak serius atau lalai dalam menyelesaikan masalah rakyat.