Setiap bahagian Umno perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.
Beliau berkata, tumpuan atau gerak kerja konvensional harus berubah seiring persekitaran politik pada masa ini.
“Pemimpin parti perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan kita berupaya menyelami denyut nadi rakyat, termasuk memahami aspirasi golongan muda,” katanya dalam blog Umnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.
Syed Ali berkata, sudah tiba masanya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional(BN) melakukan tranformasi lebih komprehensif sejajar perubahan sikap danpemikiran rakyat negara ini sebelum rakyat mencari pilihan yang sesuai dengan kehendak, cita rasa dan keperluan mereka.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dilapor berkata, BN perlu melakukan perubahan dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14.
Najib, yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN, berkata landskap politiknegara terus berubah dengan pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihat formula yang diguna pakaiBN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.
Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, yang menyokong kenyataan Najib,berkata perkara itu harus diteliti dan dibincang secara mendalam selari denganasas penubuhan BN yang memberi manfaat besar kepada negara.
“Apa yang ada ketika ini sangat baik, cumanya dari segi pendekatan kita perlu tambah baik. BN sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, perlu terus membuat kerja berbanding pembangkang yang sibuk bermain politik,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.