Di sebalik persoalan dan rasa tidak puas hati yang dibangkitkan pimpinan PKR Selangor yang diketuai Azmin Ali.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan Setiausaha Agung PKR yang tewas pada PRU ke-13 lalu, Saifuddin Nasution akan dilantik ke jawatan Pegawai Perhubungan Politik di pejabat Menteri Besar.
PKR Selangor melalui ketua penerangannya yang juga Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie sebelum ini mempersoalkan pelantikan Saifuddin ke jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Sedangkan sebelum ini cadangan untuk meletakkan orang politik di syarikat berkaitan kerajaan negeri, GLC ditolak pada kongres ke-9 PKR.
PAS dan DAP juga dilapor mahukan pemimpin mereka dilantik ke jawatan setaraf Saifuddin kerana prestasi mereka pada PRU lalu lebih baik berbanding PKR di Selangor.
Tan Sri Khalid sebelum itu hadir pada mesyuarat mingguan Exco di bangunan SUK, Shah Alam.