[youtube https://youtube.com/watch?v=aGitMtKsN0c]
Kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan harus sepadan dengan identiti jati diri Malaysia, sinonim dengan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata prinsip itu penting agar kebebasan menyuarakan pendapat dilakukan dengan bijaksana, serta mampu menghakis rasa tidak percaya dan syak wasangka yang melampau.
Datuk Seri Mohd Najib berucap sempena Malam Wartawan Malaysia 2013, di ibunegara malam tadi.
Menurut Perdana Menteri, tuntutan kebebasan bersuara bukan sahaja berpunca daripada kesan globalisasi tetapi dirangsang oleh akses kepada kemudahan infrastruktur internet, peningkatan taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan.