Tiada istilah mati syahid “fisabililah” atau di jalan Allah bagi sesiapa yang terkorban ketika menyertai sebarang perhimpunan bagi tujuan politik.
Justeru, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberi amaran kepada mana-mana parti supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang mengelirukan umat Islam bagi kepentingan politik mereka.