Ingin tahu tahap kualiti udara di kawasan anda menerusi telefon pintar?
Aplikasi Android boleh membantu anda membuat keputusan sama ada perlu atau tidak keluar rumah atau menghantar anak anda ke sekolah.
Aplikasi bertajuk PSI Malaysia – Haze, aplikasi yang mengumpul data dari laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan menyediakan perkembangan mengenai Indeks Pencemaran Standard (PSI).
Kawasan yang dipaparkan dengan jelas bersama dengan tahap PSI: warna Biru, Hijau, Kuning, Oren atau Merah atau mengikut penunjuk peringkat.
Pengguna boleh menyusun melalui bahagian-bahagian berlainan di Malaysia mengikut tahap PSI masing-masing, negeri atau lokasi berhampiran anda.
Mereka boleh mengklik lokasi di aplikasi tersebut untuk mengetahui tip khusus mengenai bagaimana untuk menangani jerebu di kawasan tertentu.
Sebagai contoh, kawasan yang mencatat bacaan ‘Tidak Sihat’ akan memaklumkan ada untuk tidak melakukan aktiviti di luar atau anda perlu memakai topeng penutup mulut dan hidung jika situasi tidak dapat dielakkan.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan bersaiz kira-kira 1MB.
Pada ketika ini, peranti Apple masih belum mempunyai aplikasi khusus mengenai kualiti udara di Malaysia.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan menyediakan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada setiap jam.
Bacaan tersebut boleh diketahui di laman web kementerian dan JAS dalam masa terdekat.