Peminat-peminat bola pasukan Chelsea di Malaysia berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pengurus baharu Chelsea, Jose Mourinho yang bakal bertandang di Kuala Lumpur sempena ‘Here To Play, Here To Stay” Jelajah Chelsea Asia 2013 pada 21 Julai ini.
Skuad Mourinho akan berdepan dengan anak buah Datuk K Rajagobal di Stadium Shah Alam, pukul 9.45 malam.
Skuad The Blues bakal tiba di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini sebelum memulakan sesi latihan pada 20 Julai bermula 6 petang.
Menurut Pengarah Urusan ProEvents, San Boon Wah, pada sesi latihan kali ini, peminat-peminat boleh menyaksikan aksi pemain kesayangan mereka secara percuma dan terbuka.
“Pihak penganjur mahu semua peminat-peminat Chelsea dapat melihat dengan lebih dekat pemain kesayangan mereka.
“Sesi latihan ini terbuka kepada semua dan tanpa sebarang pas latihan seperti yang dilakukan tahun sebelum ini,” jelasnya kepada media pada Khamis.
Sementara itu, Boon Wah berkata, sehingga kini tiket bagi perlawanan persahabatan ini telah dijual sebanyak 30,000 keping.
“Pihak kami yakin jumlah itu akan bertambah kerana peminta-peminat kebanyakannya lebih suka membeli tiket pada saat akhir.
“Saya yakin sasaran 55,000 peminat akan tercapai pada perlawanan nanti persahabatan ini nanti,” jelasnya kepada media pada Khamis.
Lawatan Chelsea ke Malaysia ini merupakan kali ketiga selepas tahun 2008 dan 2011.