Karpal Singh dan Datuk Seri Anwar dicabar memfailkan saman terhadap Dr Mazlan, sekiranya benar dakwaan kandungan lebih 6 ribu surat itu tidak berasas.
DATUK ZULKIFLI NOORDIN / NAIB PRESIDEN PERKASA
“Pada saya dakwaan yang dibuat sangat serius dan perlu disiasat sama ada ianya membabitkan pelanggaran di bawah undang-undang seperti Bafia, Akta Pencegahan Rasuah Akta Profesional Guaman dan lain-lain.Di waktu sama saya mencabar Anwar dan Karpal supaya membawa kes ini ke mahkamah dengan menyaman Dr Mazlan Ismail untuk memastikan tidak timbul sebarang spekulasi dan tanggapan negatif terhadap mereka”.
Tambah beliau, tindakan memfailkan saman itu perlu bagi mengelak spekulasi serta tanggapan negatif terhadap kedua-duanya.