Perdana menteri turut menjejaskan subsidi terpaksa dikurangkan secara berperingkat-peringkat.
Ini termasuk subsidi bahan api yang menyaksikan kenaikan baru-baru ini.
Datuk Seri Najib juga menjelaskan, Malaysia memang merupakan negara pengeluar minyak, tetapi hasil bumi itu tidak boleh dieksploitasi secara maksima untuk jangka masa pendek.
Sebaliknya generasi akan datang juga harus mendapat manfaat dan kerajaan amat prihatin dalam perkara itu.
Justeru, ekonomi negara menjadi keutamaan dan bukannya kerajaan sesuka hati melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.