Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Ada Udang Disebalik Batu - pakdin.my

defisit-pulau-pinang

Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

Themistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap. Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.

Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam. Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai “wira”. Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.

Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong, beliau berkata:

“Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun. Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.”

Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. YAB Tuan Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.

Keduanya, pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai “tiada keikhlasan” dan “kemestian untuk menipu” untuk mengurangkan kos.

Bagaimanakah “pengakuan” sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?

Tuan Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

Setelah itu, dia menyambung pula:

“Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan.”

Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali. Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.

Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:

“Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

Di Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa.

Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF?

Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai “penny wise, pound foolish” dalam erti kata pepatah Inggeris dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan extremisme, beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.

Lim Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja.

Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta “Malaysian Education Blueprint 2013-2025” yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut. Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar “Tokong” ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan “falsampah” CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.

Lim Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?

Tidak sah lagi CAT (“Cocky Arrogant Tokong”) ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia. Sila tengok video ini:

 Apakah agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.

Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.

Ingatlah wahai Lim Guan Eng, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”

Major Huan Cheng Guan (K)

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Serangan bom motosikal mencederakan lima pegawai polis di Pattani

Serangan letupan menyasarkan trak polis di Pattani semalam, mencederakan lima pegawai apabila bom yang dipasang pada motosikal diletupkan dari jauh. Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, 14 November, berhampiran Jambatan Tanyong Dalo di daerah Yaring.

Harga kelapa membuka banyak peluang untuk petani di Trang

Petani kelapa di wilayah Trang, Thailand meraikannya apabila harga melambung tinggi, harga kelapa kini mencecah sehingga 20 baht (RM2.55) sebiji, kenaikan berganda berbanding harga sebelumnya. Peralihan pasaran yang lumayan ini menjanjikan pendapatan melebihi 30,000 baht (RM3,832.09) bagi 1 hektar, menarik minat daripada peniaga yang ingin membeli keseluruhan ladang.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: