Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM yang hilang di Perairan Tok Bali, Kelantan, Sabtu lalu ditemui selamat jam 9.20 pagi tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Laskar Dua, Mohamad Sabrie Sahibul dan Laskar Dua Mohd Ramdhan Hizam ditemui pasukan mencari kira-kira 30 batu nautika dari kawasan bot dipercayai hilang.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kapal APMM menahan bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara sekitar 102.5 batu nautika dari Tok Bali.