Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR digesa ambil tindakan tegas terhadap pihak yang mendakwa, kemenangan Barisan Nasional pada PRU ke-13 lalu, dibantu oleh 40,000 pengundi warga Bangladesh.
Bagi Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, ia perlu bagi membersihkan imej dan integriti SPR yang tercalar akibat dakwaan itu.
RUSLAN KASIM / KETUA PENERANGAN PERKASA
“Kalau SPR mengambil keputusan membisu kelu seribu bahasa berdiam diri mengiyakan fitnah kenyataan buruk niat jahat yang bukan sahaja dihambur dilemparkan dalam negara tetapi juga di luar negara”.
Katanya, tindakan undang-undang boleh memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab, yang berniat menyebarkan fitnah.